Monday, October 13, 2014

Kembali beraksi


Setelah 9 hari mc, tuan tanah kembali ke ofis dan dunia blogging. Terasa lama sungguh tak terjah blog blog orang. Selalu terjah blog orang ni kat ofis sebab besar sikit screen nya kalau nak compare dengan handphone atau ipad.

Agak lemau pagi ni. Meja memang dah tak nampak meja. Maklumla, kerja yang sebelum mc dah memang tertangguh, lagi campur dengan mc. Bertangguh tangguh la kerja. 

Apa? Jeles tuan tanah mc 9 hari? Syoknya duduk rumah tak payah kerja? Mula mula rasa syok juga tapi bila dah masuk hari ke 5, dah tak senang duduk. Kalau cuti lama untuk pergi bercuti lain la kan. Lagi tension sebab tubuh badan sihat. Takde pening, tak demam, tak lemah lemah badan. 

cuma SAKIT MATA!!

Bayangkan bangun je pagi ada bengkak kat kelopak mata, mata putih tu semua merah. Nak buka mata pun sipi sipi je. Gatal jangan cakap la. Memang kalau sampai hilang pedoman tu dah rasa nak garu pakai garpu. So kawan kawan, take a good care of yourself. Minum air suam banyak banyak & rehat secukupnya ye.

By the way, tuan tanah berjangkit sakit mata dari datin kat rumah. Hebat tak? Acara beregu sakit mata la jawabnya kami. Mujur memang duduk berdua je dirumah. Memang tak keluar rumahlah jawabnya. Aidiladha tu pun pergi kubur abah je. Gila takde life haha.

Ok sampai ketemu lagi :)

7 comments:

  1. Replies
    1. thanks azra. ni pun ada rasa rengsa bila tenung pc lama lama. selamat bercuti juga untuk kamu!!

      Delete
  2. ni dah baik belum? hehe..get well soon ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor dah benarkan pergi kerja. Kira dah ok la kan? Hehehehe. Thank you Nida :)

      Delete
  3. Naz!!!! terkezut tau nampak jari kaki bawah selimut pastu ada kasut lak di dinding..ahahah MOTIP?

    Kiranya dah sembuh lah ni ye..sakit mata mmg x boleh buat main2...mmg berjangkit...Alhamdulillah kerana dh sihat..sis JM lak dh seminggu batuk tak henti2 dgn sakit tekak nye lagi..hari ni cuti (EL) tak tahan hidung asyik berair je..ubat batuk dah abis sebotol..batuk na x hilang huhuh..so apa lagi BW lah keje nya hari ni eheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah boleh dtg kerja dah. cuma akan rasa tak selesa sikit bila tenung pc lama lama. nak mc lagi segan pulak. nnt next month nak cuti hehehe. get well soon tau JM. minum air suam banyak banyak.

      Delete
  4. Sakit mata ni memang menyeksakan... kadang-kadang gatal... kadang-kadang mata sakit macam nak tersembol keluar je. Get well soon ya :)

    ReplyDelete